Sunday, March 9, 2008

Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.


Diubahsuai dari buku Baiknya Kawan

Saturday, March 8, 2008

Lalat

Sang lalat dan isterinya makan seketul najis, lalu berkatalah bini si lalat, "bang, kenapa kita kena makan najis hari-hari?? saya dah tak sanggup lagi!," Jawab lakinya, "Hish!!Jangan cakap bende-bende kotor depan rezeki !!"





Tuesday, March 4, 2008

Diet

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.
Doktor berkata kepadanya...
"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong..."
Lelaki menjawab...
"Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"

Bermain Muzik

Pesakit: "Doktor, berapa lama tulang saya yang retak ini akan sembuh ?"
Doktor: "Paling cepat enam minggu lagi "
Pesakit: "Bila saya telah sembuh, adakah saya akan mampu bermain muzik ? "
Doktor: "Oh .... tentu saja ! "
Pesakit: "Hebat! Padahal sebelum ini saya belum pernah bermain muzik. "

Tahukah Anda

1. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
2. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
3. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
4. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.
5. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"