Wednesday, November 7, 2007

Datang Lambat


Cikgu Aiman hairan kenapa Aiman datang lambat hari tu.. "Aiman kenapa datang lambat?"
"Kerana papan tanda cikgu" jawab Aiman. "
"Apa hal pulak dgn papan tanda tu?" tanya cikgunya lagi.
AWAS SEKOLAH DI HADAPAN, PERLAHAN-LAHAN.

Tak leh cakap bila sembahyang


Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.
Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.
Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.
Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.
Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panaspanas terik tu..amat pun berbisik kepada orang dihadapannya...
Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti..."
lalu orang itupun menjawab...
"Alah,setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu".
Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pun berkata...
" eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap"
Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara
" Yang kau bercakap tu aper ?"....
sahlah... sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.
MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa...

Dialog


Dialog 1
Seorang guru bertanya kepada anak muridnye.
Guru:Jika ayah kamu mendapat RM80 seminggu dan memberi emak kamu separuh,berapakah yang ayah kamu dapat?
Murid:PERANG!!
Dialog 2

Cikgu: Baiklah murid-murid...hari ini kita akan belajar ABC
Murid C: Saye tak suka ABC la cikgu, cincau ada tak?

Sunday, September 16, 2007

Dah Masuk Lapan Bulan Ni...


Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...
Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya...
"Berapa bulan, Puan...?"
Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.
"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.

Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada
penjaga bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Sebab-Sebab

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...
"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.
Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan..
"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.
"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Tidak Akan Dihukum

Tidak akan di hukum
Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Menyampuk

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la".
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Nenek Oh Nenek

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak
jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.
Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek,
abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budakbudak
pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek
coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek
tinggalkan kat mangkuk tu."

Malu Sendiri

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.
NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."JElasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"
"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna

Kembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Don't Worry

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Dialog Antara Lembu Dan Ayam

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Dialek Raya

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
lai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sunday, September 2, 2007

Bertanggungjawab


Seperti biasa,apabila cuti hujung minggu,Lokman,Fadli dan Kamal pergi memancing di hujung kampung.Sungai itu menjadi lokasi strategik kerana di situ terdapat banyak ikan.Mereka pergi dengan membawa joran dan umpan menuju ke sungai.

Apabila sampai di sana,rasa hairan mula timbul di hati mereka.Ikan-ikan terapung di permukaan air.Mereka bertanya sesama sendiri.Fadli ,mengajak Kamal dan Lokman menyiasat punca kejadian tersebut.Tiba-tiba Kamal menarik kedua-dua orang rakannya ke dalam belukar apabila terlihat dua orang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan.

Mereka mengintip dari celah-celah belukar dan Lokman telah mencatat nombor pendaftaran lori yang membawa sisa toksik.Lagi mencurigakan apabila dua orang lelaki tadi membuang sisa toksik itu ke dalam sungai.

Setelah mencatat nombor pendaftaran lori tersebut,Lokman mengajak kawan-kawannya pulang.Setibanya di rumah Lokman,mereka menceritakan peristiwa tersebut kepada ibu bapa Lokman.Ibu dan bapa Lokman berjanji akan melaporkan hal itu kepada jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung.Selepas ibu dan bapa Lokman membuat aduan tentang orang yang membuang toksik di sungai kampung itu,orang yang bertanggungjawab melakukan semua perkara itu telah ditahan polis.Lokman,Fadli dan Kamal telah diberi penghargaan kerana bekerjasama dengan pihak polis.

Wednesday, August 22, 2007

Hari Yang Menakutkan


“Kak,kita nak duduk di mana sekarang nie ?,”tanya Alan kepada kakaknya,Mashita.“Entah la dik,kita sudah tiada tempat tinggal lagi.Makcik sudah halau kita dari rumah,”balas Mashita.Ibu dan ayah mereka sudah meninggal dalam kemalangan jalan raya dan sekarang makcik mereka sudah menghalau mereka dari rumah yang didiami oleh mereka selama ini.Umur Alan 8 tahun dan Mashita 6 tahun lebih tua dari Alan.Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali.Petir sambung menyambung,Alan dan Mashita berlari menuju ke tempat perhentian bas.Malam semakin larut,Alan dan Mashita terpaksa tidur disitu.Tiba-tiba dengan tidak sengaja Mashita ternampak satu lembaga memakai pakaian serba putih memandangnya dengan matanya yang merah menyala. Mashita yang dalam ketakutan itu terkejut apabila lembaga tadi ketawa mengilai-ngilai menuju ke arah satu pondok usang di dalam hutan.Alan yang sudah tidur itu terjaga dan bertanyakan apa yang berlaku.Mashita menyuruh adiknya tidur kerana hari sudah lewat malam.

Mashita sebenarnya tidak mahu adiknya takut membayangkan lembaga itu.Setelah memejamkan mata untuk beberapa ketika,mereka pun mula terlelap.Pada keesokan hari, Mashita mengejutkan adiknya pada pukul 6 pagi untuk solat Subuh di surau berdekatan.Setelah selesai solat Subuh,Mashita dan Alan berjalan tiada arah tuju.Tiba di satu lorong,mereka terserempak dengan soerang nenek tua yang berumur 89 tahun terjatuh di tepi jalan.Mereka menolong nenek itu dan memimpinnya pulang. “Anak nie duduk mana ?,”tanya nenek itu kepada Alan dan Mashita.Alan dan Mashita saling berpandangan.Mereka pun memberitahu peristiwa yang menimpa diri merek. “Kamu mahu tinggal dengan nenek ?,”tanya nenek itu lagi.

“Boleh juga sambil itu kita boleh jaga nenek,kan Akan Ita ?,”jawab Alan. “Betul tu nek,”balas Mashita pula.Pada malam itu,semasa Alan dan Mashita baru merebahkan badan diatas tilam masing-masing,mereka terdengar suara seorang perempuan ketawa mengilai-ngilai di luar rumah.Tiba-tiba elektrik terputus,hujan lebat mula turun,Alan dan Mashita mula ketakutan,tingkap di bilik mereka terbuka dengan sendiri.Mereka menjerit apabila terlihat satu lembaga memakai pakaian serba putih menuju ke arah mereka.Seorang jiran yang terdengar jeritan mereka datang ke rumah usang itu.Tiba-tiba makhluk yang berpakaian serba putih itu hilang entah ke mana.Jiran itu bertanya bagaimana Alan dan Mashita boleh berada di rumah usang itu.

Alan dan Mashita menceritakan peristiwa yang berlaku.Tersentak Alan dan Mashita apabila mereka diberitahu bahawa nenek yang mereka jumpa terjatuh di tepi jalan pagi tadi sudah meninggal 3 bulan yang lalu.Mereka juga diberitahu bahawa nenek itu pernah membela hantu dirumah itu dan selepas nenek itu meninggal hantu itu tiada hala tuju.Hantu itu selalu mengganggu orang yang keluar lewat malam dengan menukarkan rupanya seperti wajah nenek itu.Akhirnya jiran itu mengajak Alan dan Mashita tinggal dirumahnya supaya lebih selamat.Jiran itu juga telah mengambil Alan dan Mashita menjadi anak angkat mereka

Saturday, August 18, 2007

Cumalah Mimpi


Aku bernama Amir berusia 24 tahun.Aku baru sampai di pusat membeli belah untuk membeli barang keperluan.''Boom,'Tiba-tiba,kedengaran bunyi letupan bom di kawasan pusat membeli belah.Ramai orang lari lintang pukang keluar dari pusat membeli belah termasuklah aku.Tiba-tiba,seorang daripada penjahat itu melemparkan bom yang kecil kearahku.Rupanya mereka ingin mengambil beg yang ada pada tanganku.Beg itu bukanlah aku yang punya tapi seorang lelaki yang aku tidak kenal namanya.Dia meminta aku menjaga begnya sewaktu dia ketandas.Penjahat itu meminta aku menyerahkan beg itu kepadanya tetapi aku melihat tuan punya beg itu menyuruh aku lari secepat yang aku boleh.

Bukan main terkejutnya aku apabila seorang daripada penjahat itu mencurahkan minyak di sekeliling aku dan menyalakan mancis lalu dicampaknya ke minyak itu.Untung aku sempat lari sebelum penjahat itu mencampakkan mancis itu.Aku cuba lari secepat yang aku boleh menuju kearah keretaku dan aku berjaya keluar dari kawasan yang bahaya pada saat itu.Walau telah mengharungi detik yang mencemaskan,namun aku masih lagi memegang beg yang telah diamanahkan oleh lelaki tuan punya beg itu.

Tiba sahaja di simpang jalan,aku ternampak seorang lelaki berjalan dengan longlai lalu aku pun memberhentikan kereta dan menyapanya.Tersangatlah gembiranya aku apabila sudah bertemu dengan tuan punya beg yang masih aku pegang waktu itu.Aku sempat melihat wajahnya yang gembira pada saat itu.Pada waktu itulah aku tahu namanya ialah Encik Rasyid dan aku juga telah mengetahui isi beg itu .Di dalam beg itu mempunyai wang yang berjuta-juta dan juga seketul berlian yang aku tidak tahu nilainya.Aku mengajak Encik Rasyid membuat laporan polis tentang perkara yang berlaku ke atasnya.”Mir,bangun Mir,nanti terlambat pergi kerja”Panggil ibu aku.Rupa-rupanya aku cuma bermimpi.

Friday, July 27, 2007

Tikus Bandar Dan Tikus Desa

Di satu desa,terdapat seekor tikus yang bernama Tikus Desa.Tikus Desa tinggal di rumah yang dikelilingi bunga-bungaan.Setiap pagi,Tikus Desa akan keluar mencari makanan di kawasan berhampiran rumahnya.Di kawasan berhampiran rumahnya mempunya banyak pokok raspberi.Tikus Desa suka makan pai raspberi yang dibuatnya pada waktu malam.Pada malamnya,Tikus Desa akan tidur di atas katil jerami.Tikus Desa sudah sebati dengan keadaan di desa.Pada suatu hari,Tikus Desa dikunjungi oleh saudaranya,Tikus Bandar.

Tikus Desa dan Tikus Bandar berasa sungguh gembira kerana dapat berjumpa.Pada
paginya,Tikus Desa mengajak Tikus Bandar memetik buah.Tikus Bandar terjatuh dari pokok kerana dia tidak pandai memanjat pokok.Malam itu,Tikus Desa memasak pai respberi yang lazat untuk dimakan oleh dia dan sepupunya.Tikus Bandar tidak suka pai respberi yang dimasak oleh Tikus Desa kerana rasanya sungguh masam. Dia lebih menggemari makanan yang manis.

Malam itu,Tikus Bandar tidak nenyak tidur di atas katil jerami.Pada keesokkan harinya,Tikus Bandar mengadu kepada Tikus Desa bahawa dia tidak selesa tinggal di rumah Tikus Desa.Tikus Desa faham dengan apa yang dikatakan oleh Tikus Bandar kerana pada kali pertama tinggal di desa pun dia rasa tidak selesa tapi lama-kelamaan dia rasa seperti sudah biasa dengan cara seperti itu.

Monday, July 23, 2007

Pinocchio

Pada zaman dahulu terdapat seorang tukang kayu yang tua dan miskin bernama Geppetto.Dia amat suka membuat patung.Patung kesayangannya ialah Pinocchio.”Alangkah baiknya kalau aku mempunyai anak”kata Geppetto sambil melihat Pinocchio.

Pada malamnya, seorang pari-pari yang baik hati datang ke rumah Geppetto dan mengayunkan tongkat saktinya ke Pinocchio sambil berkata”Esok Pinocchio akan dapat bergerak dan bercakap seperti manusia biasa.”

Pada keesokan harinya, Geppetto mendapati bahawa Pinocchio boleh bergerak dan bercakap.Dia sangat hairan dan gembira melihat keadaan Pinocchio yang seperti manusia biasa.Geppetto terpaksa menjual baju dan sepasang kasutnya untuk membeli buku untuk Pinocchio belajar di sekolah.Dia memang ingin menyekolahkan Pinocchio. “Sekarang kamu bolehlah belajar seperti budak-budak lain belajar,”kata Geppetto kepada Pinocchio.Semasa berjalan ke sekolah, Pinochio berhenti untuk menyaksikan pertunjukan patung.”Mahukah kamu menyertai pertunjukan ini?”tanya ketua pertunjukan yang jahat .Tanpa berfikir apa-apa, Pinocchio bersetuju.


Ketua pertunjukan patung itu pun mengunci Pinocchio ke dalam
sangkar yang kecil.Pinocchio berasa takut dan ingin pulang ke pangkuan Geppetto.Tanpa disangka, datanglah seorang pari pari yang baik hati membebaskan Pinocchio dari sangkar kecil itu.Pinocchio berasa sangat gembira.”Saya akan terus pergi ke sekolah dan tidak akan singgah ke mana-mana,”kata Pinocchio.

Semasa dalam perjalanan ke sekolah Pinocchio terserempak dengan seekor musang yang jahat.Dia menceritakan tentang sebuah pulau yang indah iaitu Pulau Ria.Pinocchio terlupa akan sekolahnya dan dia menukarkan bukunya dengan tiket ke Pulau Ria.”Kamu hendak pergi ke mana?”tanya pari-pari kepada Pinocchio.”Saya hendah ke sekolah,”Pinocchio berbohong.Tiba-tiba hidung Pinocchio menjadi panjang.Dia berasa menyesal kerana berbohong dengan pari-pari yang telah menyelamatkannya.

Pari-pari itu kasihan melihat Pinocchio .Dia meminta seekor burung untuk mematuk hidung Pinocchio supaya menjadi pendek.Pinocchio berjanji kepada pari-pari bahawa dia tidak akan berbohong lagi.Dia terus pergi ke sekolah.Di sekolah,Pinocchio mengajak kawannya ke Pulau Ria,Dia juga memberitahu tentang keadaan di sana seperti yang diberitahu oleh musang.Kawan Pinocchio bersetuju untuk ke pulau itu.Pinocchio dan kawannya segera ke kapal dan belayar ke Pulau Ria.Setelah tiba di pulau itu Pinocchio dan kawannya telah bertukar bentuk menjadi seekor keldai dan disuruh membuat kerja berat.


Pari- pari muncul lagi untuk membantu Pinocchio dan menukarnya ke rupa asal .Pinocchio segera meninggalkan pulau itu.Dia duduk di sisir pantai dan ingin bertemu dengan Geppetto.Tiba-tiba dia melihat kelibat Geppetto sedang mengayuh sampan.Semasa Geppetto sedang mengayuh sampan,seekor ikan paus muncul dari belakang dan terus menelan Geppetto bersama sampannya.Pinocchio berenang dengan sekuat-kuat hatinya untuk menyelamtkan Geppetto.Apabila Pinocchio hampir dengan ikan paus itu,ikan paus membuka mulutnya dengan luas.Pinocchio terus berenang dan masuk ke dalam mulut ikan paus itu.

Pinocchio berjumpa dengan Geppetto.Mereka berasa gembira kerana dapat bertemu lagi."Mari kita kumpulkan kayu api dan bakarnya,"kata Geppetto kepada Pinocchio.Asap api membuatkan ikan paus itu membuka mulutnya lalu Pinocchio dan Geppetto pun keluar dari situ.Pinocchio dan Geppetto berenang hingga ke persisiran pantai.Mereka amat letih lalu tertidur di situ.Apabila bangun,Geppetto mendapati bahawa Pinocchio telah berubah menjadi manusia.Dia sangat gembira kerana impiannya untuk memiliki anak sudah tercapai.