Friday, July 27, 2007

Tikus Bandar Dan Tikus Desa

Di satu desa,terdapat seekor tikus yang bernama Tikus Desa.Tikus Desa tinggal di rumah yang dikelilingi bunga-bungaan.Setiap pagi,Tikus Desa akan keluar mencari makanan di kawasan berhampiran rumahnya.Di kawasan berhampiran rumahnya mempunya banyak pokok raspberi.Tikus Desa suka makan pai raspberi yang dibuatnya pada waktu malam.Pada malamnya,Tikus Desa akan tidur di atas katil jerami.Tikus Desa sudah sebati dengan keadaan di desa.Pada suatu hari,Tikus Desa dikunjungi oleh saudaranya,Tikus Bandar.

Tikus Desa dan Tikus Bandar berasa sungguh gembira kerana dapat berjumpa.Pada
paginya,Tikus Desa mengajak Tikus Bandar memetik buah.Tikus Bandar terjatuh dari pokok kerana dia tidak pandai memanjat pokok.Malam itu,Tikus Desa memasak pai respberi yang lazat untuk dimakan oleh dia dan sepupunya.Tikus Bandar tidak suka pai respberi yang dimasak oleh Tikus Desa kerana rasanya sungguh masam. Dia lebih menggemari makanan yang manis.

Malam itu,Tikus Bandar tidak nenyak tidur di atas katil jerami.Pada keesokkan harinya,Tikus Bandar mengadu kepada Tikus Desa bahawa dia tidak selesa tinggal di rumah Tikus Desa.Tikus Desa faham dengan apa yang dikatakan oleh Tikus Bandar kerana pada kali pertama tinggal di desa pun dia rasa tidak selesa tapi lama-kelamaan dia rasa seperti sudah biasa dengan cara seperti itu.

9 comments:

Ummu Ati said...

Alahai tikkus bandar tu mengada-ngada aje..Tapi pelik lah tikus pandai panjat pokok ke? ummu tak pernah lagi nampak tikus panjat pokok. Satu lagi ummu rasa rugi lah penulis tak buat catitan resipi pai resberri tu. Heeemmm mesti sedapkan. Ummu rasa cerita ini perlu dipanjangkan lagi.Sekurang-kurang si tikus bandar dapat pengajaran dalam hidupnya betapa seronoknya hidup saling bantu membantu masyarkat desa yang tiada di bandar kan???

Dakecik said...

sebenarnya panjang lagi ceritanya ummu,tapi malas la nak buat panjang-panjang.Sebenarnya nanti tikus bandar ajak tikus desa pergi rumah die dan .....

Miqdad said...

.........dan tikus desa pon bersetuju. Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba........

hoho~~ jom men sambung2 citer kat sini~~! hihihih ^_^

Dakecik said...

...tiba-tiba sebuah kereta hampir melanggar kedua-dua tikus itu....sambung cepat

Miqdad said...

....mereka mengelak dengan segera. Tikus desa yang kelihatan takut ditenteramkan oleh tikus bandar. Mereka meneruskan perjalanan sekali lagi, namun kali ini mereka tidak berjalan kaki tapi dengan menaiki........

Dakecik said...

....menaiki kasut mereka.Setelah 1 jam perjalanan,mereka tiba di rumah tikus bandar.Tikus Desa terkejut kerana rumah Tikus bandar amat......

Anonymous said...

amat kotor dan tidak terjaga .

Anonymous said...

tikus bndar xpndai jga kbrsihan btol la..

Unknown said...

Yes good