Sunday, March 9, 2008

Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.


Diubahsuai dari buku Baiknya Kawan

8 comments:

mohdroslan said...

Cerita ini sangat sesuai utk saya sbg seorang guru yg mengajar kanak2 d dlm b/darjah. Bahan2 yg terbaik dan senang diperolehi amat diperlukan utk saya. T/kasih kerana sudi berkongsi bahan.

Anonymous said...

izinkan sy copy cerita ni utk ditukar dalam bahasa arab...terima kasih..

sheila mutalib said...

hari ni bacekan cerita ni kat si kecil..thanx ye...

www.shelovevitamin.com
www.shelovestyle.blogspot.com

Unknown said...

saya suka cerita ni sebab banyak memberi pengajaran kepada saya dan cerita ni sangat seronok...saya akan ceritakan cerita ini kepada kawan kawan saya yang belum tahu...terima kasih sebab kongsikan cerita ini

Unknown said...

cerita belalang ini sedap lah jugak.saya tak suka belalang sebab dia malas nak cari makanan.terima kasih kerana telah kongsikan cerita ini bersama sama..

Unknown said...

bagi saya,cerita belalang ini sangat menarik dan cerita ini banyak pengajaran ...Terima kasih kerana membberi cerita ini.

Unknown said...

Bagi saya,cerita ini sedikit menarik untuk semua orang.Ini kerana kisah ini mengingatkan kita untuk jangan membantah apa yang rakan-rakan kita nasihatkan kerana akan memberi padah kepada diri kita sendiri.Saya ucapkan terima kasih kerana kongsikan cerita yang memberi banyak pengajaran kepada kita semua.

cindy armaya said...

Numpang ya min ^^

Bonus New Member 50%!!! Bukan server IDN maupun PokerV! Cobalah bermain di server baru 1G Poker hanya di kenaripoker.com! Proses deposit dan withdraw tidak basa basi langsung tinggal proses dan main saja bosku, dicoba keberuntungan kamu sekarang juga hanya di kenaripoker.com!

WHATSAPP : +855966139323
BBM : KENARI00
LIVE CHAT : KENARIPOKER.COM
ALTERNATIVE LINK : KENARIPOKER.COM