Monday, November 3, 2008

Sambungan Bawang Merah Bawang Putih

Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah.


“Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu?” tanya Mak Bawang Putih kepada Bawang Merah.


“Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya tidak sayang kepada suami!” jawab Bawang Merah.


“Begini, sebenarnya engkau ini tidak layak menjadi permaisuri kerana tidak berketurunan raja!”


“Benar kata makcik itu. Habis apa saya harus buat?”


Lalu diberi sebungkus miang buluh. Miang buluh itu disuruh tabur di seluruh tempat tidur baginda.


“Dengan cara ini baginda akan merasa sangat sayang kepada engkau dan baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Tetapi jangan beritahu yang Mak Cik suruh berbuat begitu,” pesannya lagi.


Malam itu baginda hendak beradu. Oleh kerana terasa hangat, baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.


“Aduh gatalnya! Miang rasanya. Apakah benda ini?”


“Kenapa kanda?” tanya Bawang Merah terperanjat.


“Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda ini?”


“Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua.”


“Dinda, dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat!” keluh baginda sultan.


Di hari lain pula, Mak Bawang Putih masuk lagi ke bilik Bawang Merah untuk menghasut.


“Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh engkau tabur itu?”


“Saya telah lakukan dan nampaknya baginda murka juga tetapi tidak berpanjagan.”


“Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya kerana kalau baginda betul-betul murka, tentu dihalaunya engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Ada sejenis lagi ubat kasih sayang yang engkau mesti lakukan terhadap baginda.”


“Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut baginda murka!”


“Jangan jadi bodoh Bawang Merah. Selagi engkau tidak lakukan yang ini, kasih sayang engkau tidak akan berpanjangan.”


Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang Merah. Bawang Merah terperanjat mendengarnya.


“Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!”


Mak Bawang Putih terus juga memujuk. Akhirnya Bawang Merah termakan pujuk. Dia pun mula melakukan apa yang diajar oleh Mak Bawang Putih itu.


Dia mengambil sebilah kapak yang tajam. Digantung hulunya di atas palang pintu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu, dia akan menghayun mata kapak itu. Sudah tentu akan mengena dahi baginda.


Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik. Bawang Merah bersedia dengan kapak yang tergantung itu. Baginda pun masuk. Kapak dihayun.


“Aduh kenapa ini dinda?” baginda berteriak kesakitan.


“Kanda!” Bawang Merah menerkam. Darah keluar dari dahi baginda akibat terkena mata kapak.


“Apakah yang dinda lakukan ini?” tanya baginda kehairanan.


“Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita berdua!”


“Siapa yang mengajar semua ini?”


“Mm..Mm..Mak Bawang Putih.”


Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda. Oleh kerana niat jahatnya itu masih tidak dihentikan, baginda menghalau Mak Bawang Putih dan anaknya Bawang Putih keluar dari istana.


Maka dari itu terpaksalah mereka berdua bekerja semula untuk menyara hidup mereka.

Sekian..

12 comments:

syajaz said...

Padan muka Bawang Putih dan Mak Bawang Putih tu!!..

Dari cerita ni saye dapat belajar yang jangan lah kita mentakiti seseorang kerana kita akan mendapat balasan yang sesuai dengan apa yang kita lakukan itu..

Terima kasih Dakecik kerana telah membuat satu blog cerita untuk kanak-kanak.

Kerana saya salah satu kanak-kanak yang suka membaca jadi saya akan selalu menjenguk blog ini bagi melihat cerita-cerita yang lain pula.

Sekali lagi saya ucapkan Terima Kasih..
Assalamualaikum

Dakecik said...

thanks msuk blog nih..ada masa nnti dakecik post citer baru..ehehe

Atikah said...

I suka Bawang Merah

Anonymous said...

Best tol cite2 dalam blog ni

Anonymous said...

Bukanker Bawang merah yang jahat?

akma said...

Padam muka mkt beg putih

roha ani said...

Pdn mk mak bwng putih

roha ani said...

Pdn mk mak bwng putih

Atikah Aina said...

saya suka cerita ini sebab banyak nilai murni untuk kehidupan seharian saya.dan terima kasih sebab kongsi cerita ini.

Atikah Aina said...

awak buat cerita hebat lagi ya cerita yang saya paling suka ialah tukang kayu yang jujur .terimakasih keranaa kongsi cerita.

Atikah Aina said...

HAHAHAHAHAHAHAHA

Atikah Aina said...

TALAR